Pengikut

13 Jun 2013

kajian tindakan

Panduan Asas Penyediaan Kajian Tindakan

1. lsi Kandungan:
Mengandungi senaraian isi kandungan dan muka surat bagi pecahan tajuk. 

2. Penghargaan:
Mengandungi penqhargaan kepada pihak yang membantu melaksanakan kajian atau menyiapkan laporan.

3. Tajuk Kajian:
a. Tajuk ditentukan dengan mengenal pasti kemahiran yang ingin dikaji.
b. Tajuk hendaklah ringkas,mengandungi hala tuju kajian, tindakan dan sasaran kajian.


4. Nama penyelidik:
Catatkan nama penuh penyelidik / kumpulan.

5. Abstrak:
Abstrak memberi maklumat umum / penting kepada pembaca tentang apa yang
dikaji tanpa membaca keseluruhan laporan kajian.


Abstrak hendaklah mengandungi:
a. Tujuan
b. Kumpulan sasaran
c. Fokus kajian tindakan
d. Tinjauan awal
e. Pelaksanaan kajian
f. Dapatan

6. Refleksi Pengajaran & Pembelajaran Lalu:
Refleksi merupakan muhasabah diri dan menilai kembali pengajaran yang lalu.
Refieksi hendaklah mengandungi:
a.Tema/masalah/isu keprihatinan dikenal pasti dengan melihat kepada empat perkara utama dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu:
. Guru
. Murid
. lsi kandunqan
. Persekitaran

b. Refleksi pengalaman P&P lalu
c. Kaitkan pengalaman p&p lalu dengan empat perkara utama itu supaya masalah menjadi lebih jelas.
d. Rujuk bahan yang berkaitan seperti buku latihan, ujian, keputusan, peperiksaan murid, sukatan pelajaran dan bahan-bahan yang berkaitan untuk membantu penyelidik mengingatkan kembali apa-apa yang telah dilaksanakan / berlaku.
e. Terjemahkan refleksi secara bertulis

7. lsu Keprihatinan :
- Isu keprihatinan merupakan fokus yang menjadi masalah iaitu 'Apakah yang menjadi masalah /isunya”.
- Proses menentukan isu keprihatinan ialah:
a. Tentukan tema isu keprihatinan kajian /masalah.
b. Rumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi yang dibuat.

8. Objektif Kajian:
a. Objektif kajian terdiri daripada objektif umum dan objektif khusus.
b. Objektif hendaklah berkaitan dengan masalah.
c. Objektif hendaklah berkaitan dengan aktiviti /tindakan (P&P).
d. Objektif hendaklah boleh diukur.
e. Semua objektif khas hendaklah diukur / niiai semasa menjalankan tindakan aktiviti.

9. Kumpulan Sasaran:
Kumpulan murid yang hendak diuji atau menjadi sampel ujian.
a. Sebutkan biiangan murid yang dikaji (mestilah kumpulan murid yang diajar oleh penyelidik).
b. Sebutkan kelas murid yang dikaji.

10. Pelaksanaan Kajian:
a. Cara mengumpulkan maklumat.:
- Menghuraikan secara terperinci cara-cara mengumpulkan maklumat.
- Maklumat mungkin telah diperolehi melalui:
i. pemerhatian dalam bilik darjah semasa murid memberi maklum balas kepada soalan-soalan guru
ii. pemeriksaan buku latihan
iii. sesi temu bual
iv. melalui soal selidik
v. ujian pra atau ujian topical / bulanan

b. Analisis tinjauan masalah:
- Analisis ini dilakukan dengan membual jadual atau, data display untuk menunjukkan bahawa anda telah mengumpul data / maklumat untuk mengetahui punca, bagaimana masalah itu timbul dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan masalah yang dikaji.

c. Tindakan menangani masalah:
Tuliskan semua aktiviti, bahan-bahan dan cara anda membuat pemerhaiian untuk menguji keberkesanan tindakan/aktiviti yang anda telah jalankan ke arah meningkatkan kemahiran murid bagi menangani masalah yang anda sedang kaji.

d. Cara Pelaksanaan:
- Huraian bagaimana cara pelaksanaan adalah diperlukan.

e. Membuat refleksi kajian
- Huraikan keberkesanan tindakan anda dengan menggunakan data /maklumat yang telah dikumpulkan.
-Terangkan perubahan tingkah laku murid melaluipemerhatian
- Terangkan perubahan emosi murid yang telah dikumpul melalui temu bual dan soal selidik
- Refleksi kajian terhadap guru:  Huraikan perasaan guru keberkesanan kajian yang telah dijalankan

11. Cadangan Kajian Seterusnya:
a. Anda boleh meneruskan kajian tindakan dengan mengambll tindakan susulan (gelungan kedua) jika anda berminat.
b. Jika kajian anda tidak berjaya, anda boleh menulis seperli berikut:
- Oleh sebab kajian yang telah saya jalankan tidak berjaya, maka saya akan menggunakan tindakan/aktiviti-aktiviti lain untuk menangani isu ini

12. Biliografi:
- Menyusun senarai bahan rujukan mengikut abjad bermula nama pengarang, tahun, nama buku, penerbit.

13. Lampiran:
Senaraikan pada penghujung laporan segala bahan yang digunakan dalam kajian sebagai Iampiran kajian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakan komen..