Pengikut

13 Jun 2013

kajian tindakan

Panduan Asas Penyediaan Kajian Tindakan

1. lsi Kandungan:
Mengandungi senaraian isi kandungan dan muka surat bagi pecahan tajuk. 

2. Penghargaan:
Mengandungi penqhargaan kepada pihak yang membantu melaksanakan kajian atau menyiapkan laporan.

3. Tajuk Kajian:
a. Tajuk ditentukan dengan mengenal pasti kemahiran yang ingin dikaji.
b. Tajuk hendaklah ringkas,mengandungi hala tuju kajian, tindakan dan sasaran kajian.

12 Jun 2013

Said Nursi



BANGI, 3 Dis 2012 – Para akademik antarabangsa sependapat bahawa pendidikan Islam moden terhutang budi kepada Said Nursi (1878-1960), seorang ulama Turki dan ahli teologi kerana pengaruhnya dalam gerakan kebangkitan Islam di Turki dan seluruh dunia.

Allahyarham Said Nursi, yang menyokong pengajaran sains agama di sekolah sekular dan sains moden di sekolah agama, telah memberi ilham kepada berjuta-juta umat Islam.
Mereka berpandangan bahawa Nursi tidak membedakan antara tugas biasa harian dan Fardu ‘Ain jika ia dilakukan dengan ikhlas. Niat,katanya, adalah segalanya dalam perbuatan dan pertuturan.
Berbincang dalam suatu forum bertajuk Konsep Nursi pada Sainsdi sini hari ini, mereka berpendapat bahawa tidak seperti ulama lain pada masa itu atau pun sekarang, ulama dan pendidik tidak membedakan antara yang Suci dengan Duniawi.

Mereka terdiri dari Profesor Dr Colin Turner dan Puan Mahsid Turner dari Durham University, United Kingdom, Prof Dr Faris Kaya dari Yayasan Sains dan Budaya Turki di Istanbul (Foundation for Science and Culture) dan Prof Madya Dr Ismail Latif Hacinebioglu dari Demeriel University, Turki.

Forum itu dianjurkan oleh Institut Kajian Rantau Asia Barat UKM (IKRAB), Persatuan Kebudayaan Malaysia-Turki (MTCA), Kumpulan Pengajian Penyelidikan Asia Barat (AKRAB) dan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Struktur UKM.
Nursi, yang juga seorang guru, berkata ummah yang melakukan perbuatan yang mulia seperti solat dan puasa dengan niat hendak menunjuk-nunjuk, akan mengalami keadaan sia-sia sahaja. Bagaimana pun Mu'min yang melakukan tugas biasa seperti membersihkan sampah demi untuk Allah akan menerima ganjaran daripada Allah.