1. LATAR BELAKANG
1.1 Inisiatif dan usaha menubuhkan kelab atau persatuan yang dipimpin,
diangotai dan digerakkan oleh murid-murid adalah selaras dengan harsat
menggiatkan lagi pelaksanaan program aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah
seluruh negara. Malah Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (
Persatuan Sekolah ) 1998 seperti yang dimaktubkan dalam Warta Kerajaan P.U (A)
196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan bahawa Guru Besar atau Pengetua, setelah
menerima permohonan secara bertulis,hendaklah menubuhkan persatuan sekolah dari
ketegoriyangberikut:
1.1.1 Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan- Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997,
1.1.1 Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan- Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997,
1.1.2 Hobi dan rekreasi;
1.1.3 Sukan dan permainan;
1.1.4 Badan beruniform;
atau
1.1.5 Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.
1.2 Usaha menubuhkan kelab
atau persatuan di sekolah adalah juga usaha kependidikan yang penting,
khususnya untuk menyemai dan memupuk prinsip, kaedah dan kemahiran kepimpinan
di kalangan murid, di samping membangunkan diri mereka menjadi insan yang
mewarisi dan menghayati keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan murid yang tersurat
dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1.3 Sehingga kini inisiatif dan usaha sekolah
menubuhkan kelab atau persatuan yang
dipimpin, dianggotai dan digerakkan oleh murid-murid amatlah menggalakkan.
Inisiatif dan usaha ini akan memberi impaks yang lebih besar kepada
penyemarakkan kegiatan kokurikulum sebagai sebahagian daripada program
pendidikan di sekolah, apabila pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran
murid-murid memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan yang
ditubuhkan itu dipertingkatkan secara bersepadu dan berterusan.
2. RASIONAL
Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan
potensi untuk memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi
apa yang diinginkan. Walau bagaimanapun pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran
memimpin, mengurus dan mengoperasikan sesuatu kelab atau persatuan bukanlah
warisan semula jadi. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya
boleh diperolehi melalui proses-proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak
formal, pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan
latihan.
3. MATLAMAT
Agar dapat membantu guru dan
murid-murid merancang dan melaksanakan dengan bermatlamat untuk melahirkan
insan yang berwibawa, berketrampilan dan berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin
di sekolah dan berpotensi mengembangkan bakat dan upaya kepimpinan
masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang diceburi
pada masa akan datang.
4. OBJEKTIF AM
Guru-Guru dan murid-murid akan:
4.1 Mengetahui dan memahami ciri-ciri
dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk
memimpin, mengurus dan
mengoperasikan kelab atau persatuan di sekolah.
4.2 Mengetahui dan memahami kaedah,
stategi dan prinsip pengurusan kelab atau persatuan secara berkesan.
4.3 Mengetahui dan memahami kaedah
dan stategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli kelab atau persatuan yang
dipimpin
4.4 Mempunyai pengetahuan dan
kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai aktiviti dan kegiatan
kelab atau persatuan yang dipimpin.
4.5 Mempunyai keyakinan diri sebagai
pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan berwawasan.
5 . OBJEKTIF KHUSUS
5.1 Menjelaskan matlamat dan tujuan
penubuhan kelab atau persatuan di sekolah dalam konteks kependidikan dan
kepimpinan
5.2 Menjelaskan kaedah dan
tatacara penubuhan kelab atau persatuan.
5.3 Menjelaskan kaedah dan
tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab atau persatuan
5.4 Menjelaskan kaedah dan
tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan
di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang.
5.5 Membentang dan
menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.
5.6 Menjelaskan tanggungjawab
dan peranan murid-murid sebagai warganegara berdasarkan Rujunegara,
perlembagaan negara dan Wawasan 2020.
6. KELAB ATAU PERSATUAN
6.1 Definisi:
Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur,
berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid
sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama
serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber
dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah
ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran,
hasrat dan kecenderungan masing-masing.
6.2 Tujuan
penubuhan/pembentukan kelab atau persatuan:
6.2.1 Menggabungkan murid-murid yang
mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama supaya murid-murid berpeluang dan
berkesempatan:
a. Merancang dan melaksanakan
aktiviti dan kegiatan
secara berkumpulan.
b. Berkongsi pengetahuan dan
pengalaman dalam bidang yang diminati dan digemari.
c. Menetapkan matlamat yang
dipersetujui dan dilaksanakan bersama.
d.
Berkongsi sumber dan peralatan.
e. Mewujudkan peluang kepada
murid-murid mengembangkan bakat dan potensi kepimpinan
f. Mewujudkan wahana kepada
murid-murid mengembangkan bakat dan potensi masing-masing ke peringkat yang
lebih tinggi
7. BAGAIMANA MENUBUHKAN KELAB ATAU PERSATUAN
7.1
Murid-murid membentuk jawatankuasa penaja
untuk menetapkan:-
7.1. Tujuan dan
matlamat
7.1.2 Aktiviti dan kegiatan
7.1.3 Peraturan
7.1.4 Perlembagaan
7.2 Jawatankuasa penaja menulis
permohonan rasmi kepada Pengetua atau Guru Besar dengan menyertakan dokuman
yang telah ditetapkan di atas.
7.3 Mendapatkan kelulusan daripada
Pengetua atau Guru Besar
7.4 Mendaftarkan ahli-ahli kelab atau
persatuan yang telah diluluskan oleh Pengetua atau Guru Besar
7.5 Mengadakan Mesyuarat
Agung penubuhan dengan :
7.5.1 Memilih Ahli Jawatankuasa
7.5.2 Merancang aktiviti tahunan
kelab atau persatuan
7.5.3 Pengesahan dokumen
kelab atau persatuan
7.6
Mengoperasikan kelab atau persatuan
8. PENGURUSAN KEWANGAN
8.1 Pengenalan
8.1.1 Pengurusan Kewangan adalah satu perkara pokok dan paling penting dalam sesebuah kelab atau persatuan
8.1.1 Pengurusan Kewangan adalah satu perkara pokok dan paling penting dalam sesebuah kelab atau persatuan
8.1.2 Tanpa pengurusan
kewangan yang baik dan sempurna maka perjalanan persatuan
atau kelab berkenaan akan pincang dan akhirnya terus berkubur.
8.2 Objektif
8.2.1 Memberi pendedahan kepada
pelajar khususnya kepada Bendahari kelab/persatuan dalam menguruskan kewangan
secara sistematik.
8.2.2 Melahirkan pelajar yang yang
celik pengurusan kewangan
8.2.3 Dapat melincinkan perjalanan
sesebuah kelab/persatuan dalam menjalankan sebarang aktiviti yang telah
dirancangkan
8.3 Tugas
Bendahari dan Penolong Bendahari
8.3.1 Menyediakan ‘cash book’ (Buku Tunai)
a.
Buku Resit,
b.
Borang Pesanan Barang,
c.
Borang Baucar Bayaran.
8.3.2 Menyediakan sebuah fail
kewangan dan juga tempat menyimpan fail, buku resit, baucar bayaran, borang
pesanan dan bil-bil yang sempurna.
8.3.3 Bendahari kelab/persatuan perlu mencatat segala perkara yang
hendak dibeli/dipesan dengan
mengisi Borang Pesanan
8.3.4 Mempastikan
pengerusi/setiausaha telah membuka akaun persatuan
8.3.5 Membuat pungutan yuran/derma keahlian dan sumbangan
khusus bagi menjalankan sesuatu aktiviti.
8.3.6 Menyediakan Borang Pesanan
8.3.7 Apa yang patut dilakukan
apabila menerima duit/wang?
a. Keluarkan resit
b. Rekodkan dalam ‘cash book’
c. Menyimpan wang dalam Bank/Guru
Penasihat dengan segera sekiranya melebihi had yang dibenarkan. (RM 30.00)
8.3.8 Setiap pembelian barang melebihi
had yang dibenarkan (RM 30.00) hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Guru
Penasihat.
8.3.9 Bendahari juga perlu
membuat anggaran perbelanjaan bagi sesuatu program.
8.3.10 Pembentangkan laporan kewangan
dalam mesyuarat.
8.3.11
Mengadakan Baucar Pembayaran.
a. Baucar Pembayaran hendaklah
dibuat dalam 2 salinan. Salinan asal
simpanan sekolah (kelab/persatuan) dan kedua kepada penerima.
b. Masukkan butir-butir tentang
perkhidmatan/bekalan yang telah dilaksanakan/dibekalkan beserta tarikh.
c. Setiap baucar pembayaran
dimestikan disertakan bil pembelian barang.
d. Jumlah pembayaran dalam angka dan
perkataan.
e. Dapatkan resit pembayaran
daripada pembekal atau pekedai.
f. Tandatangan guru
penasihat yang meluluskan dan tarikh.
g. Jika bil asal hilang, pembayaran
hendaklah dibuat terhadap bil salinan yang diperakui oleh guru penasihat .
h. Sebaik sahaja pembayaran
dilakukan, baucar dan dokumen sokongan hendaklah ditebuk/dicop “SUDAH BAYAR”
berserta tarikhnya bagi mengelak pembayaran dua kali.
i. Baucar-baucar pembayaran yang
telah dibayar hendaklah disusun dan difailkan mengikut nombor siri.
8.3.12 Menyediakan Penyata Kewangan
Berakhir 31 Ogos pada setiap tahun untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung
Tahunan
a. Pastikan Buku Tunai (Cash Book)
telah dikemaskinikan dan ditutup.
b. Pastikan adanya Penyata Kewangan
Tahunan Kelab/Persatuan sekolah yang
telah diaudit bagi tahun sebelumnya atau jika tidak, gunakan penyata yang belum
diaudit.
c. Sediakan format Penyata Kewangan
Tahunan.(ada wang terima dan ada wang keluar serta baki ditangan dan juga baki
dibank.
d. Dapatkan tandatangan Pemeriksa
Kira-Kira bagi mengesahkan bahawa segala butiran dalam Penyata Tahunan itu
adalah benar atau sahih.
8.3.13 Menyemak Buku Tunai (cash book)
pada setiap hujung bulan
Menyimpannya di tempat yang selamat dan berkunci.
Menyimpannya di tempat yang selamat dan berkunci.
8.3.14 Sekiranya persatuan dibubarkan,
bendahari hendaklah membelanjakan wang baki mengikut sebagaimana yang
diputuskan dalam mesyuarat agung.
8.3.15 Penyalahgunaan wang persatuan
adalah satu kesalahan yang serius dan boleh dikenakan tindakan tatatertib
8.4 Tugas Pemeriksa Kira-Kira
8.4.1 Menyemak Buku Tunai pada
setiap hujung bulan
8.4.2 Memberikan teguran kepada
Bendahari sekiranya berlaku butiran salah.
8.4.3 Menandatangani Penyata Tahunan
Berakhir 31Ogos setiap tahun.
8.4.4 Bertanggungjawab ke atas
Penyata Tahunan yang telah ditandatanganinya itu
9. PENGURUSAN MESYUARAT
9.1 Mesyuarat Agung.
9.1.1 Mengedarkan surat jemputan
Mesyuarat Agung Kelab diedarkan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat
diadakan (Lampiran C) dengan disertakan minit mesyuarat yang lalu.
9.1.2 Atur cara Majlis Mesyuarat Agung
a.
Ucapan Alu-aluan
b.
Ucapan Penasihat Kelab
c.
Ucapan Perasmian
d.
Mesyuarat agung
9.1.3
Agenda Mesyuarat Agung
a.
Ucapan Pengerusi Mesyuarat
b. Membentang dan
mengesahkan minit mesyuarat agung yang lalu.
c.
Membentangkan laporan tahunan.
d.
Membentangkan dan mengesahkan laporan
kewangan
e. Pemilihan Ahli Jawatankuasa
i. Pengerusi
ii. Naib Pengerusi
iii. Setiausaha
iv. Penolong Setiausaha
v. Bendahari
vi. Penolong Bendahari
vii. Ahli Jawatankuasa (5 – 7 orang)
vii. Ahli Jawatankuasa (5 – 7 orang)
viii. Pemilihan dua orang juru
audit
f.
Membahaskan usul-usul yang diterima
g.
Ucapan penangguhan
9.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa
Mesyuarat Agung Luar Biasa/Tergempar boleh diadakan dengan kehendak
sebahagian ahli atau Ahli Jawatankuasa bagi membincangkan satu agenda
sahaja. Notis hendaklah disiarkan dua minggu sebelum diadakan.
Mesyuarat ini juga boleh diadakan
kerana:
9.2.1
Permintaan bertulis 2/3 ahli
9.2.2
Pengerusi memikirkan perlunya mesyuarat diadakan.
9.3 Mesyuarat
Jawatankuasa
Mesyuarat ini diadakan untuk mengerakkan
aktiviti kelab. Mesyuarat hanya boleh dijalankan sekiranya cukup korum (2/3
daripada ahli jawatankuasa). Mesyuarat ini hendaklah dihadiri oleh Guru
Penasihat yang dilantik oleh Pengetua. Notis panggilan mesyuarat hendaklah
diberi dalam tempoh satu minggu.
Agenda Mesyuarat hendaklah merakumi
perkara berikut:
9.3.1 Ucapan Pengerusi.
9.3.2
Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
(Contoh minit mesyuarat jawatankuasa –
Lampiran F)
9.3.3 Perkara berbangkit.
9.3.4 Laporan biro-biro.
9.3.5 Laporan kewangan.
9.3.6 Hal-hal lain.
9.4 Mesyuarat Ahli
Jawatankuasa Projek
Agenda Mesyuarat
9.4.1 Ucapan Pengerusi
9.4.2
Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
9.4.3 Perkara-perkara
berbangkit
9.4.4
Membincangkan hal projek
a.
Tarikh
b.
Hari
c.
Masa
d. Tempat
d. Tempat
9.4.5 Melantik ahli jawatankuasa projek
9.4.6 Tugas-tugas ahli jawatankuasa projek
9.4.7 Kewangan projek
9.4.8 Hal-hal lain.
10. PENGURUSAN FAIL
10.1 Fail Induk Kelab / Persatuan
10.1 Fail Induk Kelab / Persatuan
10.1.1 Surat
Permohonan menubuhkan Unit Pakaian Seragam, Kelab/ Persatuan dan
Sukan/Permainan daripada guru/murid disertakan bersama :
a.
Draf perlembagaan
b.
Draf aktiviti asas
c.
Senarai Jawatankuasa Penaja
10.1.2 Surat
kelulusan penubuhan daripada Pengetua/Guru Besar selaku Penolong Pendaftar
Sekolah. Ada penyataan kelulusan penubuhan.
10.1.3 Surat
pelantikan sebagai Guru Pemimpin/Penasihat. Ada penyataan penurunan kuasa
pengelolaan dan penyeliaan.
10.1.4 Minit
Mesyuarat Agung penubuhan.
10.1.5 Perlembagaan
yang disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.
10.1.6 Senarai
jawatankuasa yang disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.
10.1.7 Perancangan
aktiviti asas yang disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.
10.1.8 Jadual
aktiviti tahunan yang disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.
10.1.9 Senarai
keahlian yang disahkan oleh Guru Pemimpin.
10.1.10
Surat permohonan mengutip derma keahlian daripada Bendahari.
10.1.11
Surat kelulusan mengutip derma daripada Pengetua/Guru Besar.
10.1.12
Akaun kewangan/belanjawan yang disahkan.
10.1.13
Surat permohonan untuk menjadi ahli gabungan daripada Guru Pemimpin
kepada Pengetua/Guru Besar.
10.1.14
Surat kelulusan untuk menjadi ahli gabungan daripada Pengetua/ Guru
Besar.
10.1.15
Surat permohonan untuk menjadi ahli gabungan kepada Badan Induk.
10.1.16
Surat penerimaan menjadi ahli gabungan daripada Badan Induk.
10.1.17
Minit-minit mesyuarat yang diadakan.
10.1.18
Surat-surat pekeliling yang berkaitan daripada:
a. Kementerian Pendidikan Malaysia
b. Jabatan Pendidikan Negeri
c. Pejabat Pendidikan Daerah
d. Sekolah
10.1.19
Dokumen pencapaian cemerlang ahli-ahli.
10.1.20
Laporan setiap aktiviti.
10.1.21
Laporan tahunan. (Lampiran H)
10.1.22
Daftar penilaian bagi setiap ahli.
10.1.23
Surat penyerahan kembali kuasa dan perlantikan sebagai Guru Pemimpin
daripada Guru Pemimpin kepada Pengetua/Guru Besar.
10.1.24
Stok dan inventori.
10.1.25
Sampel-sampel Sijil/Surat Penghargaan.
10.2
Fail Pengerusi
10.2.1 Maklumat
ahli
10.2.2 Senarai ahli
jawatankuasa dan senarai penasihat
10.2.3 Perlembagaan kelab
10.2.4 Minit mesyuarat
10.3 Fail Setiausaha
10.3.1 Minit
mesyuarat
10.3.2 Surat-surat berkaitan kelab
10.3.3 Buku-buku panduan kelab
10.3.4 Perlembagaan kelab
10.3.5 Maklumat ahli
10.3.6 Senarai ahli jawatankuasa dan guru penasihat
10.3.7 Laporan Mingguan
10.4 Fail Kewangan (Bendahari)
10.4.1 Penyata
kira-kira kewangan kelab
10.4.2 Bil-bil pembelian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Silakan komen..