Pengikut

26 Feb 2013

Linguistik 2



TAJUK   4
 LINGUISTIK KONTEKSTUAL


4.1       Linguistik Kontekstual

Menurut J. Lyons, 1968 ;

Linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik

Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005);



Linguistik ialah

1. Kajian saintifik tentang bahasa.

2. Berkaitan dengan bahasa.
Kamus Dwibahasa (1981) menjelaskan bahawa linguistik ialah pengajian ilmu bahasa.

Menurut John Lyons (1968);

Linguistik adalah suatu ilmu pengkajian bahasa yang dilakukan secara saintifik.



Definisi kontekstual:

Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005);

                       

Kontekstual ialah  berkaitan dengan atau menurut konteks:penyelidikan sastera dari segi dapat merencanakan perkembangan sastera.

Kontekstual membawa pengertian:

1. Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks.

2. Yang membawa maksud, makna dan  kepentingan (meaningful).

Linguistik kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.



4.2       Sosiolinguistik

Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara bahasa dan gejalanya dalam   masyarakat. Cenderung berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam masyarakat.

Merupakan satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi bermacam-macam perkara seperti  fungsi bahasa, peranan bahasa, penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi, kata sapaan  yang ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak  sosial di antara penutur, kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa, pelacakan bahasa rahsia bajak laut, pengungkapan jati diri secara sosial     melalui grafiti, mantra  dan pelbagai istilah lain lagi.

Pada prinsipnya, ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang melihat aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada  dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu.

Secara mudah, sosiolinguistik adalah bidang yang memperlihatkan pertalian antara  bahasa dengan masyarakat.

Fungsi linguistik memperkatakan tentang perkara-perkara seperti     perbandingan di antara  bahasa rasmi dengan bahasa vernakular yang tidak rasmi, iaitu satu perihal yang   melibatkan apa yang   dinamakan “perancangan bahasa” dalam menegakkan identiti sesebuah negara.

Kesimpulannya, sosiolinguistik mengkaji berbagai bahan sosio-budaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan bentuk-bentuk  gaya yang dibezakan oleh perihal taraf pemakai-pemakainya.



4.3       Pengertian Antropologi

            Menurut etnologinya kata antropologi berasal dari kata yunani                                  “Antropo” yang bererti manusia dan “logy” atau “logos” bererti ilmu yang mempelajari.





4.4       Antropologi Linguistik

Satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat.

Adakala disebut etnolinguistik iaitu bidang yang dikatakan memberikan penumpuan kepada perhubungan di antara bahasa dengan penyelidikan primitif, pertalian bahasa dengan kumpulan-kumpulan etnik.

Salah satu cara atau kaedah yang dapat digunakan untuk melihat pemakaian bahasa dalam konteks sosial budaya secara terperinci adalah participant observation.

Participant observation merujuk kepada seseorang yang dihantar kepada esuatu etnik, menetap dan bergaul dengan etnik berkenaan sehingga kadang-kadang membawa kepada perkahwinan dan jangka masa yang lama.



4.5       Linguistik Antropologikal

Mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya. Melihat aspek-aspek kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaiman suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa.




TAJUK 5
 STILISTIK




5.1       Stilistik           

Menurut Abdullah Hassan (1990)

Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa

Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan

Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan.

Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera.



5.2       Stilistik dari sudut Sastera

Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan bahasa.

Cabang linguistik gunaan atau terapan.

Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik.

Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182) - stilistik meneliti penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan berusaha menemukan fungsi estetik.



5.3       Pengenalan am Stilistik Bahasa

Bermaksud bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur, khasnya bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan.

Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal.

           



5.4       Prinsip Stilistik

Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat seseorang penulis.

Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan kebolehan mengarang bagi seseorang pengarang.

Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya.

Kedua, pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural.

Namun, penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya.

Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami, mudah dimengerti, banyak maksud dan mempunyai makna simbolik.

Ketiga, penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian seseorang penulis.

Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya.

Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan  keperibadian penulis

Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi, pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan.

Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan.

Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti.

Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna    perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan  oleh pengarang. Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan    dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang penulis.

Keenam, pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya.

Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai keadaan dan rangsangan yang berlaku di sekelilingnya.

Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat unsur-unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif.

Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis   proses penghasilan sesebuah karya, juga digunakan untuk   menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya.

Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat difahami, menimbulkan keseronokan atau memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang





TAJUK 6
 SIFAT BAHASA




6.1       Bahasa sebagai satu sistem    

Bahasa mempunyai susunan yang tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan , nahu atau bentuk sintaksis.

Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu  susunan yang sempurna dari segi strukturnya (klausa, ayat, kata).

Tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan, melainkan mengikut cara-cara tertentu.

Sistem yang dimaksudkan ialah aturan.

Sistem itu telah ditetapkan oleh susunan bahasa.

Setiap bahasa mempunyai bahasa masing-masing.

            Contoh :

            BAHASA MELAYU



            1.  buku itu

            2.  sebuah buku merah

            3.  pensel ini



            BAHASA INGGERIS



            1.  that car  (kereta itu)

            2.  three red books (tiga buah buku yang merah)

            3.  the beautiful book (buku yang cantik itu)



6.2       Bahasa bersifat dinamis



Bahasa adalah berubah dan berkembang selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi dengan manusia lain.

Pertembungan kebudayaan, pertembungan manusia dengan manusia lain menyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu.

Walaupun begitu, struktur dan tatabahasanya tidak berubah.



6.3     Bahasa itu bersifat arbitrari



Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam bahasa dengan makna yang diberikan secara kebetulan dan ditentukan oleh budaya sesuatu masyarakat.

Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan.

Oleh kerana sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap bahasa mempunyai perkataan yang berlainan bagi benda-benda sama.

            Sebagai contoh:

            dalam Bahasa Melayu dipanggil “pintu”

            dalam Bahasa Inggeris dipanggil “door”

            “puerta” dalam Bahasa Sepanyol.

     

6.4.    Bahasa sebagai alat berkomunikasi



Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di sampaikan oleh penutur kepada pendengar.

Faktor yang mengubah bahasanya.

pendengar : orang yang dilawan bercakap.

tempat : situasi sekeliling dimana pertuturan itu  mengambil tempat, termasuklah benda-benda yang berada di sekitarnya.

butir pertuturan : tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada  terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi.



  6.5     Bahasa mempunyai makna



Makna bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan.

Sesuatu perkataan yang diujarkan mempunyai maksud.



6.6       Bahasa itu linear



Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu, iaitu dengan pergerakan alat-alat artikulasi satu demi satu.

Sebagai contoh untuk menyebut kalam , bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah ‘k’, ’ a’, ’l’, ’a’, dan ‘m’.

Ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan disebut satu demi satu untuk melambangkan sesuatu bunyi.





TAJUK 7
 VARIASI  BAHASA




7.1     Variasi Bahasa



Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu

Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa    yang berbeza secara semantik apabila kita membandingkan kumpulan penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza.

Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu :

Pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan

Penggunaan – kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan.



Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa yang sama dan bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa.

Variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.

Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya.  Makin   besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi  penggunaannya.



Demikian juga halnya dengan Bahasa Melayu.  Dalam konteks Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor. 

Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya.  Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.



Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud   oleh sebab faktor-faktor sosial, seperti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza penggunaannya.

Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-  ahli bahasa.  Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu, misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa, yang walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan, masih terdiri daripada satu keseluruhan. 

Daripada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat umum bahasa tersebut.

Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku.

Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang. Tujuannya supaya mudah difahami.

Tiap-tiap pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan guna sedikit sebanyak variasi bahasa yang bersifat bahasa Melayu umum, yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau.

Variasi ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku, ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam semua situasi rasmi seperti dalam ucapan-ucapan, mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa.


Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah, sosial dan stilistik.



7.2       Variasi Bahasa (Dialek)



Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu.

Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek.

Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.

Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.

Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun  bahasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.


7.3       Bahasa Isyarat



Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual, bahasa tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk berkomunikasi.

Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini, biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan, orientasi dan gerak tangan, lengan, dan tubuh, serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan fikiran mereka.

Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara.

Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama. Contohnya, Amerika Serikat dan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis yang sama tetapi memiliki bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British Sign Language). Hal yang sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang memiliki bahasa tulis yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol), tetapi menggunakan bahasa isyarat yang sama.

Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai kecacatan seperti bisu dan pekak.

Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain.

Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila berurusan dengan mereka yang tidak memahami bahasa berkenaan.

Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan Malaysian Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui sumbangan Yayasan Tan Sri Othman Yeop mensasarkan melatih 100   jurubahasa dalam tempoh lima tahun


4 ulasan:

  1. salam, cikgu
    izinkan che`leen share nota cikgu ye...(adui dah tua2 br nak blja ni..he he)
    terima kasih. semoga Allah berkati..

    BalasPadam
  2. saya pun mohon share nota ni...walaupun saya bukan org bahasa tpi nk tambah ilmu ckit..tq

    BalasPadam
  3. Terima kasih kerana sudi menjenguk..

    BalasPadam
  4. terima kasih ...perkongsiaan yang amat berguna,,syabas

    BalasPadam

Silakan komen..