Pengikut

27 Jul 2012

Ihsan..


Oleh Ustaz Ahmad Kamil

Pengertian Ihsan (Ringkas)

Ihsan adalah ruh kepada iman dan tanda kesempurnaannya. Ihsan ertinya merasakan bahawa Allah sentiasa bersama kita, memerhatikan tiap tingkah laku kita, mengetahui apa sahaja perbuatan kita baik dalam keadaan terang-terangan mahupun dalam sunyi dan penuh rahsia. Ihsan ini hadir dalam jiwa yang menyintai Allah dan takut pada-Nya. Juga dalam diri yang sentiasa mengharapkan redha Allah dan kurniaan-Nya, serta gerun akan azab perbuatan buruknya disisi Allah.Oleh kerana itulah, seorang yang memiliki sifat ihsan, dia akan sentiasa berlumba-lumba untuk memelihara semua amalan wajibnya dan menggandakan amalan sunatnya. Dia akan menjauhkan diri daripada yang makruh, kerana ia dibenci Allah. Jika yang makruh sebolehnya dijauhi, maka yang terang-terang haram apatah lagi. Seorang yang muhsin (bersifat ihsan) adalah dia yang sentiasa berlumba-lumba untuk melakukan amal kebaikan dan berkejar-kejaran mendamba redha Allah.

Ihsan juga membawa maksud berbuat baik kepada yang lain. Dari segi lughah arab, ihsan adalah kata akar daripada fe’el (kata kerja) ahsana. Ketika ini ia dipanggil kata kerja yang muta’addi (transitif), iaitu perlu kepada pihak atau perkara ketiga. Misalnya dalam bahasa arab kita kata AHSANA ZAIDUN, kemudian kita berhenti setakat itu sahaja. Terjemahnya adalah Zaid berbuat baik. Persoalannya, berbuat baik kepada siapa? Jadi ayatnya tergantung. Oleh itu, bila kita berbicara mengenai berbuat ihsan atau berbuat baik, mesti ia akan melibatkan pihak ketiga yang menerima kebaikan daripada yang membuat kebaikan itu tadi.

23 Jul 2012

Sejarah Islam..


Makalah
SYEIKH DR. SALIM ‘ALWAN AL HUSAINI
Ketua Umum Darul Fatwa Australia (Mufti Australia/Ketua Majelis Ulama Australia)
Pada acara Seminar Internasional yang diselenggarakan oleh Aswaja NU Center PWNU JAWA TIMUR, Sabtu, 30 Juni 2012

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاةوالسلام على سيدنا محمد وعلىءاله وصحبه الطيبين الطاهرين وبعد
قال الله تعالى: وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِمَا تَبَيَّنَ لَه الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَسَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّه مَاتَوَلَّى وَنُصْلِه جَهَنَّمَ وَسَاءتْ مَصِيرا (سورة النساء: 115)

Maknanya: "Barangsiapa menentang Rasulullah setelah jelas baginya petunjuk dan mengikuti jalan selain orang-orang mukmin, Kami biarkan dia menempuh jalan kesatan yang dia tempuh itu, dan Kami akan menjadikannya penyulut jahannam dan ini adalah sejelek-jelek tempat kembali"(QS. An-Nisa': 115).
Para hadirin sekalian!

Ketahuilah –semoga Allah merahmati kalian dengan taufiq-Nya- bahwa Ahlussunnah wal Jama'ah adalah kelompok mayoritas ummat Muhammad, mereka adalah para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dalam prinsip-prinsip keyakinan (I'tiqad), yaitu keyakinan pada enam perkara yang tersebut dalam hadits Jibril bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

الإيمان أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وبالقدر خيره وشره

Maknanya: "Iman adalah beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhir, qadar (ketentuan Allah), dan apa-apa yang ditentukan oleh Allah (al maqdur) yang baik dan yang buruk".

20 Jul 2012

Falahiah: Kenali Aras Kognitif Taksonomi Bloom dan Contoh So...

Falahiah: Kenali Aras Kognitif Taksonomi Bloom dan Contoh So...: Aras Kognitif Taksonomi Bloom Benjamin Bloom ( 1956 ) telah menulis dalam bukunya Taxonomy of Education Objectives:Handbook I:Cogniti...

6 Jul 2012

Syaaban..


Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.
PENGERTIAN SYAABAN
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)