Pengikut

21 Jun 2012

19 Jun 2012

Tauhid Islam..


  Hadis Sohih Riwayat Imam Muslim : Dari Masruk r.a. katanya : “Saya  duduk bersandar  dekat  Aishah, lalu  dia berkata : “Hai  bapak  Aishah! Tiga  hal  siapa  yang  mengucapkan  salah  satu  daripadanya  maka  sesungguhnya  dia  telah  mengucapkan  pendustaan   besar  terhadap  Allah.”  Saya  bertanya :  “Apakah  yang  tiga  itu?”  Jawab  Aishah:  “Sesiapa  yang  mengucapkan  bahawa  Muhammad  s.a.w.  melihat  Tuhannya,  maka  sesungguhnya  dia  telah  membuat  satu  pendustaan  yang  besar  terhadap  Allah.” 

      “Saya  ketika  itu  duduk  bersandar,  lalu  saya  duduk  (dengan  tepat)  dan  saya  berkata : “Hai  Ummul  Mukminin!  Berilah  aku  kesempatan  dan  jangan  terburu-buru!  Bukankah  Allah  ‘Azza  Wajalla  telah  berfirman :  “ Sesungguhnya  telah  dilihatnya  di ufuk  yang  terang” ( Al Quran  -Surah Takwir  ayat  23 ). “Dan  sesungguhnya  telah  dilihatnya  di waktu  yang  lain” (Al Quran – Surah  An Najmu  ayat  13).  Kata  Aisyah : “Sayalah  yang  pertama  dari  umat  ini,  bertanyakan  hal  itu  kepada  Rasulullah  s.a.w. Baginda  menjawab : “Hanya  yang  dilihatnya  ialah  Jibril.”  “Belum  pernah  saya  melihatnya  ( Jibril )  dengan  rupa  yang  asli  selain  dari  dua  kali  ini. Saya  lihat  dia  turun  dari  langit ,  sebahagian  besar  tubuhnya  menutupi  antara  langit  dan  bumi.”  Kata  Aisyah  lagi : “Bukankah  engkau  telah  mendengar  ( ayat Al Quran ) bahawa  Allah  telah  berfirman :  “Pemandangan  tidak  dapat  mencapaiNya, tetapi  Dia  dapat  mengetahui  segala  yang  kelihatan,  dan  Dia  Lemah  Lembut  lagi  Maha  Mengetahui”  ( Al Quran – Surah  Al An’am  ayat  103 ).  Bukankah  engkau  telah  mendengar ( ayat Al Quran )  bahawa  Allah  telah  berfirman : “Seorang  manusia  tidak  bercakap-cakap  dengan  Allah  melainkan  berupa  wahyu  ( Ilham ), atau  di sebalik  hijab ( ada hijab ) atau  diutusNya  seorang  utusan  ( malaikat ), lalu  diwahyukannya  dengan  izin  Allah  apa  yang  dikehendakiNya, sesungguhnya  Dia  Maha  Tinggi  dan   Maha  Bijaksana.” ( Al Quran  surah  Asy Syura  ayat  51 ).”

18 Jun 2012

Tun Hussien Onn..


Ucapan penuh Tun Hussin Pada Tahun 1977

"Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Ahlussunnah Waljamaah..


Pengertian Ahli

 Dari sudut bahasa, perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan suatu istilah yang tersusun daripada rangkaian tiga suku kata Bahasa Arab. Ketiga-tiga suku kata ini mempunyai maksud yang tersendiri. Ia akan melahirkan satu rangkaian makna yang tertentu ataupun khusus apabila ia dilihat dari sudut pemaknaan istilah. Perkataan Ahl jika dilihat dari sudut literal, ia bererti ahli keluarga ,pengikut atau golongan

Dari sudut terminologi, ia bermaksud mereka yang mengikut atau berpegang dengan sesuatu [kalimah] yang disandarkan kepada perkataan Ahl  tersebut, seperti ahl al-madhhab ia merujuk kepada mereka yang berpegang dengan mazhab tersebut


Pengertian Sunnah

cikgu det turut bernyanyi...