Pengikut

11 Mei 2012

Dari sinar mata: Peta Minda

Dari sinar mata: Peta Minda: Peta minda telah diasaskan oleh Tony Buzan pada awal 1960an.  Ia digunakan untuk membantu pelajar membuat nota dengan hanya menggunakan kata...http://dari-sinarmata.blogspot.com/2011/11/peta-minda.html

8 Mei 2012

4 Mei 2012

Membeliakan Pemikiran..


SEJAK zaman-berzaman, kegemilangan sesebuah tamadun adalah bergantung kepada kekuatan pemuda yang hidup pada zaman mereka.
Pemuda digambarkan sebagai satu golongan yang bersemangat untuk merealisasikan apa yang terbuku dalam hati mereka dan merekalah golongan yang beridealisme tinggi.
Adalah silap apabila wujud suara yang menghadang idealisme kerana kadang-kala idealisme harus dikembangkan untuk mewujudkan satu impian dan plan bertindak yang realistik dan sistemik.
Perjuangan Rasulullah SAW yang tampak idealis didokong oleh golongan pemuda di saat golongan tua menolak baginda SAW. Pemuda berada di celah-celah kegilaan dan apabila mereka inginkan sesuatu, mereka akan lakukan dengan semangat 'kegilaan' yang ada pada diri mereka. Saya suka istilahkan kegilaan itu sebagai semangat 'ekstasi'.
Ekstasi ialah satu saat kemuncak dalam hidup seseorang yang mana ketika itu ia akan berasa satu kekuatan yang entah dari mana muncul dalam diri mereka dan mendorong mereka untuk bertindak di luar kemampuan mereka. Ini digambarkan oleh Zaid bin Harithah yang hanya mengambil masa selama tujuh hari untuk mempelajari dan menguasai bahasa Yahudi. Imam Al-Syafie sendiri mempamerkan ekstasi beliau apabila mula menjadi guru kecil sewaktu berumur 10 tahun dan dilantik sebagai mufti muda ketika usianya mencecah 15 tahun.

2 Mei 2012

Ingin Tahu..

5 PERKARA YG ORANG ISLAM MESTI TAHU TENTANG MAKANAN & KESIHATAN berpandukan ALQuran dan Sunnah dan Rasulallah saw


Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:


1. MANDI PAGI sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.