Pengikut

20 Apr 2012

MRSM : Sejarah dan Perkembangannya..


PENUBUHAN

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyediakan satu sistem pendidikan yang unggul berteraskan Sains dan Teknologi bagi pelajar Bumiputera yang berpotensi dalam bidang tersebut untuk menggalak dan membimbing pelajar ini khususnya di luar bandar menyertai aktif dalam pembangunan ekonomi negara . Dengan ini, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan untuk tujuan tersebut. Bermula dengan penubuhan MRSM Seremban (kini Kolej MARA Seremban), Kota Bharu, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kulim (kini Kolej MARA Kulim), MRSM kini telah berkembang menjadi 32 buah MRSM di seluruh negara.
 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) terdapat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. MRSM Beseri, MRSM Langkawi, MRSM Pendang, MRSM Kulim, MRSM Balik Pulau, MRSM Transkrian, MRSM Gerik, MRSM Lenggong, MRSM Taiping, MRSM Kuala Kubu Bharu, MRSM Pasir Salak, MRSM Kuala Klawang, MRSM Serting, MRSM Jasin, MRSM Terendak, MRSM Jeli, MRSM Kuala Krai, MRSM Pasir Tumboh, MRSM Pengkala Chepa, MRSM Kota Putra, MRSM Kuala Terengganu, MRSM Kuala Berang, MRSM Kuantan, MRSM Muadzam Shah, MRSM Kuala Lipis, MRSM Mersing, MRSM Batu Pahat, MRSM Pontian, MRSM Muar, MRSM YT Besut, MRSM Kota Kinabalu dan MRSM Kuching.

MRSM & FELDA
KIRA-KIRA 54 tahun lalu, kehidupan golongan ini yang bergelar peneroka dianggap kais pagi makan pagi, mungkin berdasarkan mereka tinggal di tanah yang gersang. Namun, semua itu sudah berubah hasil transformasi dilakukan oleh para pemimpin negara bagi mengeluarkan golongan ini dari kepompong kemiskinan.
Kehidupan peneroka Felda kini beralih ke pelbagai bidang baru termasuk usahawan, pendidikan, inovasi dan banyak lagi. Kejayaan berterusan itu secara tidak langsung mewujudkan rasa 'cemburu' pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menghasut dan mempolitikkan keadaan
 Pada masa yang sama, generasi baru Felda dilihat menguasai bidang-bidang pendidikan meliputi peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi dan seterusnya profesional. Kini, mercu kejayaan bidang pendidikan untuk generasi baru dari kalangan anak-anak peneroka dapat direalisasikan melalui kewujudan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda kampus Kolej Tun Abdul Razak di Trolak, Perak.
 Dengan fokus utama kepada pembangunan generasi baru, maktab ini merupakan satu-satunya MRSM pertama dibina di tanah rancangan Felda. Kampus ini mengambil nama sempena jasa besar Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak, yang merupakan pengasas pembangunan tanah rancangan Felda. Apa yang lebih menarik, terdapat guru-guru di maktab ini yang juga berasal dari Felda. 
Jika sebelum ini, Asrama Semai Bakti (ASB) Felda telah berjaya melahirkan ramai profesional daripada kalangan anak peneroka, maka kolej ini kelak bakal memperlihatkan lebih ramai generasi baru yang cemerlang dalam akademik. Kampus MRSM Kolej Tun Abdul Razak ini siap sepenuhnya pada tahun ini dengan kos kira-kira RM120 juta dan mampu menempatkan 1,050 pelajar. 
Menurut Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd. Wahab, sebanyak 80 peratus pelajar adalah daripada kalangan anak peneroka Felda seluruh negara yang ditempatkan di kolej ini, manakala selebihnya adalah pelajar lain yang berkelayakan. Katanya, kewujudan MRSM Felda dilihat sebagai langkah melahirkan modal insan yang akhirnya dapat membantu menjana pembangunan negara.
''Kejayaan melahirkan generasi baru berpendidikan dari kalangan anak-anak peneroka dapat membantu meneruskan agenda pembangunan negara,'' katanya.
MRSM Felda dibina atas tapak seluas 25 hektar, menempatkan kemudahan prasarana tercanggih dan termoden. Antaranya infrastruktur pembelajaran, sukan, kokurikulum, teknologi maklumat, bangunan pentadbiran, dewan kuliah, perpustakaan, makmal, asrama, rumah warden dan surau. Kampus kolej tersebut yang ditubuhkan pada 1 Disember 2007 adalah cetusan minda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Perasmian MRSM Felda hari ini oleh Perdana Menteri dianggap satu sejarah besar bermula dari kepimpinan bapa beliau, Allahyarham Tun Razak.
Ia dianggap sebagai kesinambungan kepada pembangunan untuk melonjakkan lagi kehidupan warga peneroka. 
Pelaksanaan MRSM Felda berjaya direalisasikan melalui Perjanjian Kerjasama Antara Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada 30 Mac 2007.
Perjanjian itu dibuat lantaran keserasian dalam perjuangan Mara dan Felda untuk memartabat bangsa Melayu menerusi pendidikan agar lebih perkasa dalam menjalani proses glokalisasi.

MELAYU & Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.
Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakan komen..