Pengikut

23 Apr 2012

Pra Sekolah(video)..amazing!




NKRA Pendidikan menjadi keutamaan dalam Program Transformasi Ekonomi


Posted on April 9, 2011, Saturday

http://www.theborneopost.com/?p=117581

PADA 28 Januari 2010, Buku Program Transformasi Kerajaan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mendokumenkan inisiatitif kerajaan bagi merealisasikan Gagasan 1 Malaysia “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”.
Program Transformasi Kerajaan (GTP) memberi fokus kepada 6 Bidang Keberhasilan Utama Nasional atau lebih dikenali sebagai National Key Results Areas ( NKRA) iaitu i) mengurangkan kadar jenayah, ii) Memerangi Rasuah, iii) Meluaskan Akses Kepada Pendidikan berkualiti dan Berkemampuan, iv) MeningkatkanTaraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah, v) Meningkatkan infrastruktur Luar Bandar dan Pedalaman dan vi) Meningkatkan Kualiti Pengangkutan Awam di bandar.

Akidah Islam..


Sedekat dua ujung busur panah atau lebih dekat lagi

Firman Allah Azza wa Jalla 

ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّىٰ
"Kemudian dia mendekat, lalu bertambah dekat lagi"

فَكَانَ قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَىٰ
maka jadilah dia dekat (pada Muhammad sejarak) dua ujung busur panah atau lebih dekat (lagi)

فَأَوْحَىٰ إِلَىٰ عَبْدِهِ مَا أَوْحَىٰ
Lalu dia menyampaikan kepada hamba-Nya (Muhammad) apa yang telah Allah wahyukan

مَا كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأَىٰ
Hatinya tidak mendustakan apa yang telah dilihatnya.

(QS An Najm [53]: ayat 8 s/d  ayat 11)

Ayat-ayat di atas adalah sebagian keterangan dari perjalanan Isra Mi'raj Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Namun ayat-ayat tersebut sebaiknya jangan dimaknakan sebagai pembuktian bahwa Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wallam  berjumpa dengan Allah Azza wa Jalla di suatu tempat. Maha Suci Allah dari "di mana" dan "bagaimana"

22 Apr 2012

4 Model Operasi Tolak


Ada 4 jenis model operasi tolak yang boleh diperkenalkan konsepnya kepada kanak-kanak untuk mengukuhkan kefahaman mereka tentang operasi ini. Konsep-konsep ini mampu memberi persiapan dan pengetahuan yang lebih mendalam kepada murid-murid apabila mencuba matematik yang lebih sukar.

Model Take-away (keluarkan)
Model ini adalah yang paling biasa diperkenalkan apabila guru-guru mula memperkenalkan operasi tolak kepada murid-murid. Ia menerangkan kepada murid-murid bahawa konsep ini ialah mengeluarkan sebahagian objek dari set keseluruhan. Contohnya ada satu set objek yang terdiri daripada 10 biji epal. 3 daripadanya dikeluarkan. Murid-murid dikehendaki mencari baki buah epal yang tinggal. Dalam latihan operasi tolak seperti ini, murid-murid telah belajar bahawa penolakan bermakna mengeluarkan sebahagian objek daripada keseluruhan objek yang diberi.

21 Apr 2012

10 Muasafat Tarbiyah


1) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat
.
2) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

20 Apr 2012

MRSM : Sejarah dan Perkembangannya..


PENUBUHAN

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyediakan satu sistem pendidikan yang unggul berteraskan Sains dan Teknologi bagi pelajar Bumiputera yang berpotensi dalam bidang tersebut untuk menggalak dan membimbing pelajar ini khususnya di luar bandar menyertai aktif dalam pembangunan ekonomi negara . Dengan ini, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan untuk tujuan tersebut. Bermula dengan penubuhan MRSM Seremban (kini Kolej MARA Seremban), Kota Bharu, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kulim (kini Kolej MARA Kulim), MRSM kini telah berkembang menjadi 32 buah MRSM di seluruh negara.
 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) terdapat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. MRSM Beseri, MRSM Langkawi, MRSM Pendang, MRSM Kulim, MRSM Balik Pulau, MRSM Transkrian, MRSM Gerik, MRSM Lenggong, MRSM Taiping, MRSM Kuala Kubu Bharu, MRSM Pasir Salak, MRSM Kuala Klawang, MRSM Serting, MRSM Jasin, MRSM Terendak, MRSM Jeli, MRSM Kuala Krai, MRSM Pasir Tumboh, MRSM Pengkala Chepa, MRSM Kota Putra, MRSM Kuala Terengganu, MRSM Kuala Berang, MRSM Kuantan, MRSM Muadzam Shah, MRSM Kuala Lipis, MRSM Mersing, MRSM Batu Pahat, MRSM Pontian, MRSM Muar, MRSM YT Besut, MRSM Kota Kinabalu dan MRSM Kuching.

19 Apr 2012

Tentang Masa..


Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki -menterjemah dan menghuraikan kitab YA BUNAYYA! 40 Nasihat Imam Ibnul Wardi

Nasihat (12): Jangan Membuang Masa

Ertinya:

“Tinggalkan tidur dan hendaklah engkau bangun mencari ilmu. Siapa yang mengetahui sebesaran dan ketinggian ilmu, pasti akan merasa ringan mengorbankan apa sahaja yang dimilikinya.”

18 Apr 2012

Imam Al Ghazali dan Pembahagian Cinta..


Pertama,

cinta kepada orang lain karena motivasi terhadap diri orang tersebut. Ini mungkin terjadi. Seseorang akan merasa nikmat manakala memandang, mengenal, dan menyaksikan budi pekerti orang yang dicintainya. Rasa senang itu dikarenakan ia menilainya baik. Sesuatu yang indah terasa nikmat bagi siapa saja yang dapat menangkap keindahannya dan seluruh kenikmatan yang disukai. Kenikmatan itu sendiri bergantung penilaian baik, sementara penilaian baik bergantung pada perjumpaan dan kecocokan watak. Hal yang dianggap baik itu misalnya berupa sifat lahiriah seperti cantik dan tampan. Adapun sifat batiniah misalnya karena ia cerdas, suka bercanda, dan akhlaknya baik.Dikatakannya pula, bahwa perkara tersangkutnya hati lebih aneh dan lebih misterius. Rasa cinta antara dua orang terkadang timbul bukan karena keindahan fisik atau keluhuran akhlak, melainkan karena perasaan batin tertentu yang menimbulkan rasa kasih dan kecocokan. Secara naluriah seseorang tertarik kepada yang serupa. Kecocokan batin merupakan misteri yang tersimpan rapid an memiliki sebab-sebab halus yang sulit dipahami. Rasulullah SAW bersabda, “Ruh-ruh adalah pasukan yang berkelompok. Yang saling mengenal akan berkumpul dan yang saling mengingkari akan berpisah.”
Sikap mengingkari itu dikarenakan tidak ada kecocokan. Jika dipaksakan maka pertemanan menjadi sebuah kepalsuan. Suatu saat keduanya akan berpisah karena sesuatu sebab. Sedangkan kemesraan dalam bertemanan itu karena adanya keselarasan. Adapun keselarasan yang terpuji ialah kesamaan dalam iman. Rasulullah SAW bersabda, “Ruh dua mukmin sungguh akan bertemu meskipun berjarak satu hari perjalanan, bahkan sekalipun mereka sama sekali belum pernah melihat satu sama lain di dunia ini.”

Kedua,

17 Apr 2012

Matahari 2


Bilakah Berakhirnya Hayat Matahari?
Matahari adalah sebuah bintang dan kejadiannya bermula lebih kurang 8 hingga 10 billion tahun selepas berlaku Big Bang, iaitu lebih kurang 5 bilion tahun dahulu. Matahari adalah 109 kali lebih besar daripada bumi dan berkemungkinan besar, ia lahir kesan daripada gelombang kosmik (shockwaves) yang berlaku selepas meledaknya sebuah bintang raksasa. Ledakan bintang besar ini dipanggil supernova dan ia melahirkan gumpalan gas yang dikenali sebagai solar nebula. Solar nebula mengandungi 98 peratus hidrogen dan helium, dan 2 peratus unsur-unsur lain yang terhasil daripada proses kehancuran bintang-bintang di kosmos.
Matahari mempunyai 74 peratushidrogen dan 25 peratus helium, berada di tengah-tengah sistem suria dan para saintis menganggapnya sebagai bintang generasi ketiga (third generation star). Bumi, planet-planet, asteroid, meteoroid dan komet mengelilingi matahari mengikut masa yang Allah tetapkan.

Matahari 1


14 Apr 2012

Bintang Kejora..




               
Saat maghrib tiba pada awal Juli ini tengoklah langit barat. Walaupun langit belum terlalu gelap, sebuah bintang cemerlang tampak cukup tinggi di langit. Awan tipis musim kemarau ini tak mampu membendung sinarnya. Itulah bintang kejora. Bila muncul saat shubuh di langit timur bintang cemerlang itu disebut bintang timur. Sebenarnya itu bukan bintang, melainkan planet Venus.

11 Apr 2012

Petua..

PETUA 1. Nombor Kecemasan Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di PAPARAN PENUH di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock).

 2. Kereta terkunci Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ON’ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

 3. Kuasa bateri tersembunyi Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .(sstengah jenis tepon nokia gak) 4. Telefon dicuri Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.

Asas bola baling..


Cikgupun harus bernyanyi..